*– L i E y A –*

..:: SmILe =) It CoSt u nOtHiN’; bUt iT HeLpS U In mANy WaYs *^v^* ::..

new blog:)

Filed under: Uncategorized — marliani at 7:24 pm on Monday, October 13, 2008

hye sume…

i’ve new blog.. so,anything i’ll updated there..here? once in a while,insyaAllah..hehe so,pls do come n visit my new page..

www.chirpy-chummy.blogspot.com

Bookmark and Share

Tahukah anda?

Filed under: Current Affairs — marliani at 5:59 pm on Thursday, October 9, 2008  Tagged ,

Sekarang ni ramai yang pakai cincin…tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..
The Truth 

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut…. potonglah kuku anda.

 

 E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak .

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang
di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

 

 

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

* seb bek aku mmg pakai cincin d jari manis..hii.. :D

Bookmark and Share

Mana Satu Pilihan Hati

Filed under: Current Affairs — marliani at 11:35 pm on Tuesday, October 7, 2008  Tagged , ,
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

 


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu  panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

** artikel d petik drp www.iLuvislam.com dan di tulis oleh: aisyahhumaira

 

Bookmark and Share

Pulang beraya!

Filed under: --*DIarY OH diARY*-- — marliani at 10:03 pm on Sunday, October 5, 2008

~~~berlalu la sudah..ramadhan,

sebulan berpuasa…

tiba syawal kita rayakan,

dgn rasa gumbira… ~~~

bersama anak2 sdare tersayang...^_^

bersama anak2 sdare tersayang...^_^

yeay…hip hip hoorayyy!!! RAYAAA!!! ngehehhe… seminggu berada d kok lanas, smlm balik ke KL smula..huhu perjalanan yg saaaanggaaattt panjang dan meletihkan… jem woooo..

pemandangan dr dlm kete d plaza tol karak

thnx 2 owner kete kancil br, (eh..tertulis )..pembetulan ek..owner kete kancil biru baru..(ish,terrtulis lagi..aisshhh..ok,kali ni btol2..)..owner kete iaitu miss dian ghost yg sudi menumpangkan diri ini..n thnx yg xterhingga kpd mr izzwan shawarmaniez yg d paksa rela menjadi drebar pd hari tersebut.. trima kasih juga d tujukan kpd cik yuyu yg sudi menemaniku mjadi penumpang terhormat d seat bakang..hihi

Drebar pd hari itu..

Drebar pd hari itu..Owner kete..xnampak daa..

Bookmark and Share

sehari seblom raye..

Filed under: --*DIarY OH diARY*-- — marliani at 1:51 am on Friday, September 26, 2008
 

yeay!!! sok nk blik raya!!!

ape yg terjadi harini? waaaaa..aku bzzzz… huh.. meeting d hari sumorg sdg sibok rilek utk pulang ke kg halaman..huuu nway,pape pn..seblom aku pulang utk beraya, blog tetap perlu d update.hihi

thnx kpd sume yg tlh memberikan kad raya kepada aku…tenkiu sgt2 korg… 

 kad raye..
kad raye..

kad raye ini adalah drp: ayu,sarah,dian n za..thnx gul..:) 

 
n..seblom terlupa..hari ini merupakan hari kebesaran seseorg..hehe SELAMAT HARI JADI d ucapkan kepada saudara IZZWAN ISHAK..selamat menempuh alam 24..n d hari kebesaran pkcik ni..dia dgn surprisenye tlh memakai bj melayu hijau dtg ke opis..fewwwiiitt…1st time uuuu…smart abang wang! theeeee ^_^
besday boy fall asleep wif his bj melayu ijau on his besday!hihi
~ besday boy fall asleep wif his baju melayu ijau..n jenglot kt bakang ngehehe ~
Bookmark and Share

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Filed under: --*DIarY OH diARY*-- — marliani at 1:24 am on Tuesday, September 23, 2008

assalammualaikum n hye :)

wah, tinggal bape hari je nk raye..yeay!! nk raye… bley balik kg, mkn sedap2..hihi uiks,raya tahun ni?? there’s a bit different from previous..

  1. i’m not a student anymore! alaaa~~
  2. instead of aku dpt duit raye seblom2 nih..diz year,aku plak yg akn merasa nikmat mensedekahkan duit raye<<haha ayat cover
  3. perasaan utk raye tahun nih? xswonok sgt…i donno why..*sigh*
  4. aku provide kerepek2 raye tahun ni..slalunye siblings yg len yg akn mengumpulkan biskut2 serta kepek raye..hehe

buat sume family,sahabat handai,kenalan,serta umat islam seluruh dunia..MARLIANI BINTI AWANG @ GHAZALI dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun maaf,zahir dan batin. halalkan makan minum selama perkenalan.. :)

till then,slamat berbuke…

s.m.i.l.e :)

Bookmark and Share

Bila hati sudah berbunga..

Filed under: --*DIarY OH diARY*-- — marliani at 10:03 pm on Thursday, September 18, 2008  Tagged ,

salam n olla! :)

d suatu pg..berbual dgn seorg sahabat :)..aku dgn gayenye memberi idea dan share pengalaman..

“bila hari-hari bertukar minggu,minggu ke bulan,dan akhirnya bertahun..bila sekali xlakukan rutin yg d buat hari2,kita konpem akn rasa lost..mcm ade xkena,kn? btol x? mcm tu la hidup ni..kadang2 kite xsedar,bnd2 rutin tu la yg kadang2 menerbitkan bunga2 di dlm hati..hehe btol x kawan? kite mmg xsedar,tp seriusly, bl sehari xbuat bnd yg da menjadi acara wajib tu,konpem la..hati xsenang duduk..hihi n bnd rutin tu,kalu dah terbiasa d virtualkan, bl tiba ms kn realkn or face it in real,bkn lg virtual..mst kite berdebar2,kn? :D”

sahabat: “erm….” *speechless*

adakah benar? yes,i think so..toksah deny la..btol kn??hehe

wut say u ? btol x?:p

~off for now. tcare n smile owayz..i lap u..hihi :)

Bookmark and Share

like under coconut shell….ish ish ish

Filed under: Current Affairs — marliani at 1:47 am on Monday, September 15, 2008  Tagged

diz is my conversation wif hast_starspear diz morning..how poor is me..kwang3..meh kite share ek..musti tau nih..hihi jgn jd cam aku,xtau pape:p

me_myself: weh,ape akn jd sok?
HaSt**: hehe

HaSt**: nothing will happen…
HaSt**: tak kan as simple as dat…
me_myself: aik..
HaSt**: hmm……..nko ckp psl 16th sept kan?
HaSt**: ke..psl ape?
HaSt**: huhu
me_myself: a’ah
me_myself: ntoh
me_myself: aku xtau pasal pe
me_myself: fakhzan dok tny aku
me_myself: mn aku tau
me_myself: dia kate ade org nk amik pemerintahan?
me_myself: pende?
me_myself: asal aku xtau?
HaSt**: psl anwar ibrahim tu?
HaSt**: die ckp tangguh plak..
HaSt**: huhu
HaSt**: teknikal problem..
HaSt**: mcm2…
HaSt**: nko dah lame tak tgk brite ngan bace newspaper kot…
me_myself: mmg pn. <<malu jek :p
me_myself: asalnye?
me_myself: ape jd?
me_myself: haha
HaSt**: kan diorg nk baut kerajaan br….
HaSt**: kunun nye akan ade more than 30 ahli parlimen Bn akan lompat parti..
HaSt**: masuk pakatan rakyat…
me_myself: owh ye ke..
HaSt**: then..a few days lepas..DSAI ckp tangguh..sbb teknikal problem..katenye ahliparlimen yg nk lompat parti tu dihanta ke taiwan..utk tgk ape ntah(sumthing to do with agriculture ..kalo tak silap la)
me_myself: owh ye ke..
me_myself: ish ish
me_myself: mcm aku duk ober c lak
me_myself: haha
me_myself: xtau pape
me_myself: keske
me_myself: s
HaSt**: ntahnye…
HaSt**: bli paper la…bace mlm2 b4 tido..
HaSt**: hehe
HaSt**: n..pasal muhyidin yasin suh paklah letak jwtn cpt tu…tau tak?
me_myself: ye ke?
me_myself: xtau
HaSt**: die kate 2010 lmbt sgt..
me_myself: uish
me_myself: ye ke
me_myself: dasat laa
me_myself: glerr bwh tempurung aku nih
HaSt**: raja petra masuk ISA?
HaSt**: tau?
me_myself: rj petra tu aku tau
HaSt**: hmm..bgs2
me_myself: ttg kes dia bt dlm blog kn
HaSt**: at least
me_myself: ckp ttg islam
me_myself: xptut tol
HaSt**: yep..
me_myself: hish
me_myself: ketinggalan aku nih
me_myself: tiap hari buke email je kje
me_myself: pastu bt kje
me_myself: haha
HaSt**: die tu mengguna kan kebebasan bersuara -tp over plak
me_myself: xde nk togk paper..tgok kejap kadang2 terigat
me_myself: itu laa
me_myself: melampau dia tuh
me_myself: aku xstuju gak ttg dia ckp tu
HaSt**: hambik nko..skali kene raye kat ISA
me_myself: da r islam..
HaSt**: huhu
me_myself: padan muke dia
me_myself: dia 2 glemer nape ek?
me_myself: aku rs mcm slalu dgr nama dia
HaSt**: die pengendali blog malaysiatoday..
HaSt**: aku dulu slalu gak bace malaysiatoday…
me_myself: owh..ye la
me_myself: aku pn slalu tgok
HaSt**: yg dulu tu die kene tahan…sbb kes altantuya tu rasenye..
me_myself: a’ah
me_myself: ttg tu la
HaSt**: sbb die kate psl rosmah ade kat tmpt kejadian..
me_myself: dia glemer,kn?
me_myself: ye la
HaSt**: mcm2
HaSt**: wallahua’lam…
me_myself: ntoh la
HaSt**: glemer mmg glemer…
me_myself: glemer xbertempat
me_myself: haha
HaSt**: aku taksure plak…kalo lompat parti…..still jd ahli parlimen ke tak…
HaSt**: ke..kene bertanding blk ke..cane..
me_myself: sape lompat parti?
me_myself: aku rs cam kn bertanding blk je
HaSt**: yg kununnye ahli parlimen Bn seramai 30 org tu..
me_myself: owh y ela
HaSt**: yep..nk buat kerajaan br kene ade pilihanraya umum…
HaSt**: br boleh bntuk kerajaan baru,….
me_myself: itu la
me_myself: aku kureng ckit bab2 ni
me_myself: aku pn xreti
me_myself: hehe
HaSt**: so..dun worry..nothing will happen tomoro..
me_myself:
me_myself: hehe
HaSt**: kite masih di bwh BN..
me_myself: thnx
me_myself: aku igt pende laa
me_myself: ish
HaSt**: hehe
me_myself: blh jd tjuk blog nih
me_myself: haha
HaSt**: sile2…
HaSt**: sile tukar status..
me_myself: aku copy paste je la ko nye nih
HaSt**: nnti sume org panggil nko katak pulak..
me_myself: nnt aku edit la mn elok
me_myself: kang ko msok isa plak
me_myself:
HaSt**: heh

* so,sume d atas adalah buah pikiran,jantung,hati.limpa n segalanya yg d bualkan semata2..hehe sekian utk hari ini..sy melaporkan dr meja brinfo d petang hari..haha

tcare n smile..

Bookmark and Share

blog oh blog

Filed under: --*DIarY OH diARY*-- — marliani at 11:45 pm on Thursday, September 11, 2008

salam/ellop ebrybody…:)

wait for my new blog,k…lately so bz..no time to deco my new coming blog..deleting diz blog? no no.. i juz wanna try a new blog in blogspot.. but diz blog will still be in where it shud b..ofkos.hehe

till then..wait for a my new blog,k..i’ll let u ol knoe bout it when it is ready.hehe

SMILE…. :D n do take care everyone… salam ramadhan.

Bookmark and Share

Lappy…

Filed under: --*DIarY OH diARY*-- — marliani at 6:49 pm on Wednesday, September 10, 2008  Tagged ,

assalammualaikum n ellop :)

yeay! juz finish a long 3days.. a day of training’s time..so bored.Alhamdulillah..phew!

wut is infront of me rite now? hehe ofkos my lappy..long time not touch my luv<<<lappy>>> huhu no time lorh.. so tonite, i juz wanna xplore my luv..

thinking—> “rs cam nk tukar vista la..hrmm”
why? ——> “YM xleh online!!! pas balik india ritu,xle nk online YM kt window aku nih..uwaaa!!!”
“tgok vista cam besh jek..hihi”
but still thinking —> “bley ke kaspersky aku ni menjalankan tanggungjawabnye sekiranya aku menginstall vista nnt?”

hrmm…nak x nak?

D~

~inilah wajah screen lappy kesayangan beta:D~

Bookmark and Share
Next Page »